Supersave.com.my Logo
News_Page
7-4-11

 

                                         

 

Terma dan Syarat

1) Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan.

2) Terbuka kepada fracaisi tempatan dengan perniagaan francais tempatan berdaftar dengan pendaftar Fraicais di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998;

3) Permohonan Pembiayaan perlu dibuat melalui syarikat Sdn Bhd/Perkongsian/Enterprise;

4) Pemohon adalah usahawan yang merupakan pemilik / pengusaha perniagaan;

5) Bedaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

6) Perniagaan 100% milik tempatan (milikan tunggal/perkongsian/Sdn Bhd;

7) Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor tempatan;

8) Tidak disenarai hitam oleh institusi kewangan (*laporan CCRIS menunjukkan tidak melebihi aggregate 13 dalam tempoh 6 bulan);

9) Tidak diiytihar sebagai seorang yang bankrup;

10) Tidak menanggung beban hutan yang tinggi;

11) Tidak berhadapan dengan mana-mana prosiding di mahkamah;

12) Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan berasaskan shariah;

13) mempunyai surat kelulusan/lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi yang mempunyai premis (tertakluk kepada jenis perniagaan yang dijalankan);

14) Yuran perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun ke atas baki berkurangan dengan tempoh masa pembiayaan sehinggan 5 tahun atau berdasarkan tempoh perjanjian fracais;

15) Terbuka kepada pakej francais yang tidak melebihi RM50,000 dengan margin pembiayaan 90% termasduk MRTA, yuran guaman dan lain-lain kos yang berkaitan;

16) Mana-mana pembiayaan melebihi RM10,000 diwajibkan mendapatkan perlindungan kredit takaful yang ditetapkan oleh PNS;

17) Setiap syarikat francaisor dengan pakej francais di bawah RM20,000 layak memohon skim ini dengan 20 permohonan (francaisi) sahaja pada satu-satu masa. Permohonan berikutnya
 hanya boleh dibuat selepas 6 bulan berdasarkan kepada prestasi pembiayaan sebelumnya. (KPDNKK berhak untuk memberi pengecualian terhadap klausa ini kepada mana-mana permohonan
 yang dilihat mempunyai potensi);

18) Menakala bagi syarikat francaisor dengan pakej francais antara RM20,000-RM50,000 layak memohon skim ini dengan 10 permohonan (francais) sahaja pada satu-satu masa. Permohonan
 berikutnya hanya boleh dibuat selepas 6 bulan berdasarkan kepada prestasi pembiayaan sebelumnya. (KPDNKK berhak untuk member pengecualian terhadap klausa ini kepada mana-mana
 permohonan yang dilihat mempunyai potensi)

19) Tempoh grace period adalah 6 bulan pertama selepas disbursement;

20) Peminjam adalah diberi kelonggaran untuk membayar caj perkhidmatan pada bulan keempat selepas disbursement;

21) Bayaran balik pembiayaan hendaklah mula dibayar pada bulan ketujuh selepas disbursement.


    

                                                                          
      
 
                                                                     Untuk lebih lanjut sila layari Facebook kami